Tuesday 4 December 2018

Week (Last) Animation PhotoShop

HOW TO CREATE TEXT GIF USING PHOTOSHOP




Ilmu yang terakhir kami pelajari dalam kelas Seni Teknologi ini ialah cara-cara menghasilkan kesan GIF pada Text yang dipilih. Penghasilan ini bermanfaat bagi mengindahkan lagi wallpaper/header blog mahupun wordpress.
Langkah-langkah bagi menghasilkan animasi GIF ini tidak begitu rumit, namun memerlukan kekreativiti dan kesabaran agar boleh menghasilkan Text GIF dengan berjaya. Sebelum itu, ini merupakan kali pertama saya mengetahui proses penghasilan GIF, oleh itu perkara ini cukup banyak membantu minat saya untuk mengenali lebih mendalam.

Berikut merupakan text GIF yang pertama telah saya hasilkan semasa sesi pembelajaran, dengan hanya menggunakan text typography yang ringkas dan berlatar belakangkan warna biru.
 Perkara yang paling penting sebelum itu ialah untuk memilih saiz imej yang sesuai dengan header wordpress ataupun blog. Setiap huruf yang terdapat pada imej ini mempunyai layer yang berbeza bagi memudahkan perjalanan animasi secara teratur. Seterusnya, pengguna boleh memilih jenis-jenis typography yang terdapat dalam Photoshop tersebut dan menghiasinya mengikut cita rasa sendiri.



Sebaik sahaja selesai mendekorasi Text tersebut, setiap huruf perlulah mempunyai layers yang berbeza, dengan menekan CTRL+C+J, maka setiap huruf yang terdapat pada layers perlulah dibuang satu demi satu mengikut urutan agar pergerakkan GIF bergerak dengan lancar. 


Gambar berikut menunjukkan susunan Timeline bagi setiap layers (huruf) yang bergerakkan mengikut urutan, justeru waktu kepantasan pergerakkanya turut boleh dikawal samaada cepat atau lambat dengan mengubah masa dibawah layers tersebut.


Sebaik sahaja selesai, maka pergerakan GIF boleh di ''save'' dengan format GIF pada "Save for web" Alt+Shift+CTRL+S



Penghasilkan pergerakkan GIF telah berjaya dihasilkan buat kali kedua, bagi pendapat saya pembelajaran ini sangat menarik dan berguna di masa hadapan. Selain daripada pergerakkan text, pengguna turut boleh menggunakan imej lain seperti imej cartoon ataupun pergerakkan animasi potrait yang lain. 




Akhir kata, sepanjang pembelajaran Seni Teknologi ini, cukup banyak perkara yang saya pelajari bagi kemudahan diri dan kemudahan pembelajaran suatu hari nanti. Maka dengan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Dr.Nor Syazwani yang telah banyak memberi ilmu yang cukup bermanfaat kepada kami, dan juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang saling bantu-membantu ketika sesi pembelajaran MSP3062 (Pendidikan Seni dan Teknologi). 

Week 10. Qr Code

HOW TO CREATE ONLINE QR CODE?


Apakah itu Kod Qr? Kod QR adalah sejenis kod bar atau simbol 2D yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan dikeluarkan pada tahun 1994. Kod Qr ini tempat menyimpan maklumat dan terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar belakang yang cerah. Penggunaaan Kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih serta sering digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pelanggan boleh mengimbas kod Qr kepada laman sesebuah jenama iklan tanpa perlunya memaparkan URL. 

Oleh hal demikian, pada 27/11/2018 kami telah mempelajari cara-cara menghasilkan sebuah QR Code yang telah menjadi tanda tanya kepada saya sebelum ini. Perkara pertama yang diarahkan oleh pensyarah ialah untuk mendownload sebuah aplikasi pemindaian QR Code dari telefon bimbit masing-masing, agar mudah scan mana-mana Qr Code melalui shutter kamera.
Namun dalam keadaan sekarang, pembelajaran Qr Code boleh digunakan dalam sesi pembelajaran dengan menghasilkan Qr Code pada nota ataupun video pembelajaran seperti dalam pembelajaran seni visual, terdapat pelbagai jenis teknik dalam kraf, seni halus, dan komunikasi visual. Oleh itu, bagi memudahkan pembelajaran kesemua teknik-teknik tersebut boleh direkod dalam sebuah video serta menghasilkan sebuah Qr Code. Maka semasa sesi pembelajaran, video ini boleh di scan dan dipancarkan melalui slide LCD.

Seterusnya, cara menghasilkan Qr code melalui internet ini ternyata sangat mudah. Terdapat dua jenis laman web penghasilan Qr code antaranya ialah seperti QRCode Monkey dan QR Code Generator.


Penghasilan menggunakan QRCodemonkey ini sangat mudah dan jelas, pelbagai jenis bahagian seperti Youtube, facebook, twitter, instagram, email, phone, URL, dan lain-lain. Selain itu, aplikasi QRCode monkey ini boleh mendesign pelbagai warna,corak yang tersedia. Maka dalam tugasan kami yang terakhir ini, kami telah menghasilkan QRCode berdasarkan video yang telah dibuat. Video tersebut mengenai pembelajaran teknik-teknik dalam studio Batik seperti teknik ikat dan celup. 











Berikut merupakan QRCode video teknik penghasilan batik yang telah saya hasilkan.
Antaranya video mengenai teknik Konvensional (gula), teknik pulas dan ikat, teknik konvensional (serbuk perasa) dan teknik ikat dengan objek.






Ini merupakan hasil projek berkumpulan kami yang terakhir, ahli kumpulan saya ialah Aisyah Hidayah dan kami telah memilih teknik ikat dan celup dalam penghasilan batik, dengan menggunakan media tissue yang sesuai dan pewarna batik. Atas kerjasama yang baik, penghasilan proses projek ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya menghiasi mounting board yang berukuran A2 dengan kemas.   


Kesemua ahli telah berjaya menghasilkan QRCode dalam pilihan bidang studio masing-masing. Antaranya seperti dalam teknik Catan, Grafik, Lukisan, dan Anyaman. Kekreativiti video mereka cukup menarik perhatian saya kerana dalam masa yang singkat, ianya cukup padat dengan ilmu dan mudah untuk dijadikan contoh bahan pengajaran suatu hari nanti.


Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya dan tahniah kepada kesemua ahli kumpulan yang telah berjaya menghasilkan projek akhir QRCode. Ilmu yang dipelajari ini cukup banyak membantu dan memudahkan seseorang untuk berkongsi ilmu dengan hanyaj menjadikannya dalam satu QrCode. 



Tuesday 20 November 2018

Week 9. WordPress

WORDPRESS




Ilmu penghasilan Wordpress mula dipelajari pada minggu ke 10. Ianya merupakan sebuah aplikasi (open source) yang sangat popular diguna oleh seluruh pengguna Blog di dunia. Wordpress ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa progam PHP dan Basicdata (DAtabase) MySQL. PHP dan My SQL ini merupakan open source software. 

Penggunaan wordpress ini bukan hanya tertumpu kepada penghasilan blog, namun ianya turut digunakan sebagai sebuah CMS (Content Management System). CMS (Content Management System) adalah aplikasi web yang berisikan template untuk mengelola isi halaman web. Tujuannya ialah bagi memberi kemudahan kepada pengguna agar dapat membahagikan dan mengelola informasi. Dengan itu, penulis dapat mengubah ataupun customize design wordpress masing-masing sama ada dari segi warna, huruf, gambar (header image) dan lain-lain.


 Semasa pertama kali saya menggunakan aplikasi ini, pelbagai pilihan template dan design bagi penghasilan blog wordpress. Selain daripada blog, pengguna turut dapat menghasilkan portfolio online yang sering digunakan oleh freelancer, seniman, dan photographer, misalnya galeri gambar, lightbox dan portfolio grid juga boleh didapati. Dalam wordpress saya, kami telah belajar cara-cara untuk memasuki site blog-blog rakan yang lain serta mengkategorikan nama-nama mereka dalam kumpulan Blog dan Wordpress.





Sepertimana gambar berikut, kami telah membahagikan antara Blog roll dan Msp3062 Wordpress masing-masing agar dapat berkongsi ilmu dan pendapat dalam blog mereka. Justeru itu perkara ini dapat mempermudahkan pengguna lagi-lagi seorang pendidik untuk mengkategorikan dan menyemak tugasan yang telah diberi.  Ini merupakan kelebihan yang tidak ada di dalam blog yang sering digunakan. Pada masa yang sama, pengguna turut dapat memasukan kalender, maka rupa depan blog kelihatan lebih sistematik dan kemas.






Walaupun wordpress ini digunakan dengan percuma, namun terdapat juga pakej pembayaran bagi sesuatu penambahan yang perlu dibayar, seperti penggunaan lagu dan tamplet. Namun perkara ini tidak menyekat pengguna untuk menjadi kreatif dalam mengolah blog yang sedia ada menjadi luar biasa  dan menarik. Kesimpulan dari pembelajaran ini, saya cukup tertarik dengan kelebihan yang ada pada wordpress berbanding blog yang sering digunakan, dan sudah pasti wordpress boleh memberi manfaat dalam apa jua tugasan disuatu hari nanti.

Monday 12 November 2018

Week 8. Padlet

Made with Padlet

Berikut merupakan nota padlet saya yang dihasilkan pada minggu ke-8. Padlet merupakan sebuah aplikasi internet yang mempunyai banyak manfaat. Kelebihan Padlet ialah sebagai tempat memberi pendapat mengenai soalan yang ingin dibincangkan, dan ilmu-ilmu yang berkaitan. Selain itu, kaedah aplikasi ini boleh menyiarkan pendapat masing-masing, ianya lebih kurang seperti nota lekat elektronik pada dinding digital dengan menggabungkan imej, audio, atau video. Semasa dalam sesi pembelajaran padlet, masing-masing telah berjaya menghasilkan sebuah account sendiri bagi mempelajari cara penggunaan padlet. Perkara yang dibincang ketika itu ialah mengenai Reka bentuk, dengan adanya pembelajaran teknologi ini kami boleh memberikan pendapat dengan pantas dan mudah. Ianya benar-benar ibarat seperti sebuah dinding kosong yang membolehkan pengguna mengisi dan menulis pelbagai perkara yang dikendaki seperti mengemukakan pendapat berdasarkan soalan yang diberikan oleh pensyarah.

Pengalaman menggunakan aplikasi ini turut banyak mengajar dan menambah ilmu saya dalam kaedah pembelajaran abad ke-21. Dengan menggunakan kaedah ini, murid sudah pastinya bersemangat untuk belajar kerana cara ini lebih menarik dan menyeronokkan. Justeru itu, dengan menggunakan pancaran LCD berkaitan padlet tersebut, kesemua murid boleh mengetahui dan berkongsi pendapat kawan-kawan yang lain dengan pantas dan ringkas. 

Tuesday 30 October 2018

Week 7 (Microsoft Power Point and Prezi)

PERBANDINGAN ANTARA MICROSOFT POWERPOINT
&
PREZI




      Microsoft Power Point merupakan sebuah software yang terkenal digunakan oleh setiap pelajar atau sesiapa yang ingin menghasilkan slide pembentangan. Penggunaan power point ini mempunyai pelbagai kelebihan dan sangat mudah digunakan tanpa menggunakan internet. Walaupun software ini nampak mudah dan ringkas, namun kelebihan toolsnya yang ada boleh mengolah slide pembentangan dengan kreatif. Microsoft power point ini dilengkapi dengan tools seperti image import, video import, animation import, text art dan lain-lain. Antara perkara yang saya belajar melalui power point ialah cara penggunaan "hyperlink" dalam menghubungkaitkan sebuah maklumat dengan maklumat yang lain. Kebanyakan slide yang menggunakan hyperlink ini berjaya memaparkan pembentangan slide yang kemas dan sistematik, hal ini kerana penyusunan point-point yang ringkas berikut boleh disusun dengan jelas seperti laman web. Disini pembentang hanya perlu menekan point yang siap dihyperlink dengan teratur, maka perkara ini bukan hanya mempermudahkan pembentang tetapi ianya turut memudahkan penonton untuk memahami isi-isi utama yang ingin dijelaskan. Selain itu, selepas sahaja selesai penghasilan slide di dalam power point, pengguna juga boleh meneksportnya kepada format PDF. Kelebihan format ini sangat memerlukan, , kerana tiada sebarang perubahan akan berlaku sebaik sahaja ingin mencetak hasil tugasan. 

Jika dibandingkan Prezi dengan power point, prezi merupakan sebuah software yang moden dan menarik, namun cara penggunaannya perlulah menggunakan Internet. Justeru itu, penghasilan prezi boleh dimuat naik setelah prezi siap dihasilkan, namun ianya tidak dilakukan secara percuma.  Perbezaan prezi dengan power point ialah dari segi pemilihan tamplet yang ada, di dalam prezi pelbagai ciri-ciri tamplet yang sedia ada dan pengguna hanya perlu memilih dan mengisi ruang yang ingin diisi. Antaranya ialah seperi kategori Sales & Business Development, Marketing, Education and Non-Profit, HR & Training dan General. Setiap kategori ini mempunyai bermacam-macam jenis desain yang ada sama ada dari segi rajah, pie-chart, peta bulatan dan pelbagai peta i-think turut boleh didapati dalam prezi. Maka jika pengguna kesuntukkan masa untuk membentangkan sesuatu tugasan, prezi dapat menghasilkan sebuah slide dengan mudah dan cepat. Keunikkan prezi ini ialah teknik zoom in dan zoom out yang ada dalam setiap slide, perkara ini menampakkannya lebih menarik dan profesional, namun kepantasan menghasilkan prezi ini turut bergantung dengan kelajuan internet anda.




Akhir sekali, bagi pendapat saya diantara penggunaan Power point dengan Prezi mempunyai kelebihan masing-masing, yang membezakannya ialah dari segi penggunaan internet dan tanpa internet, ianya turut mengikut keselesaan dan kemampuan pengguna. Walaupun kedua-dua software ini mempunyai kelemahan masing-masing, namun dengan kreativiti yang ada pada pengguna sudah pasti boleh menghasilkan slide yang kreatif dan menarik.

Berikut merupakan contoh nota Kraf slide Prezi yang telah saya hasil

Tuesday 23 October 2018

Week 5. Scratch Primary Lesson 1

Tugasan 4: Scratch ( Lesson 1) The Cat


Scratch adalah sejenis program yang boleh menghasilkan sebuah penceritaan  animasi dan game. Pada masa yang sama, penghasilan scratch ini dapat mencipta sebuah video jalan penceritaan dengan menggunakan  karakter karton yang ada. Semasa proses awal pembelajaran ini, saya kurang memahami cara menghasilkannya kerana terlalu banyak langkah yang perlu dipelajari. Namun setelah menghasilkan asas pergerakan animasi ini, sedikit banyak dapat memahaminya. Mengikut kefahaman saya, program ini mempunyai banyak kelebihan untuk menghasil permainan teknologi mengikut cita rasa sendiri.

Seterusnya, aplikasi ini dapat diakses secara percuma samaada menggunakan kaedah online mahupun offline. Oleh itu, ini antara satu manfaatnya dimana kesemua pengguna boleh menghasilkan permainan secara percuma tanpa sekatan. Selain itu, Scratch ini bukan sekadar untuk menghasilkan permainan dan animasi, justeru itu kami turut dapat mencipta sebuah kartoon menggunakan bentuk dan rupa yang ada. Jika dilihat cara penggunaan aplikasi Scratch, sudah semestinya nampak sukar dan rumit, oleh itu saya menggunakan nota yang diberi oleh pensyarah sebagai rujukan. Disamping itu, saya turut merujuk Youtube dan Google mengenai langkah-langkah menghasilkan sebuah permainan dan penceritaan yang lebih menarik.

Sepanjang pembelajaran Seni Teknologi semester ini, saya sangat teruja mengenai aplikasi Scratch berbanding dengan apikasi yang lain kerana dapat peluang mempelajari cara-cara mencipta sebuah game yang pernah kita main sebelum ini. Selain itu, kami juga dapat membuat jalan cerita daripada konteks yang timbul pada imej visual tersebut. Penghasilan benda ini memang mengambil waktu yang lama bagi saya kerana perlu mengeksplorasi perkara yang tidak pernah dipelajari sebelum ini. Tetapi benda ini sudah semestinya dapat membantu seorang guru menggunakannya sebagai alat bahan bantu mengajar, dengan itu murid-murid akan lebih berminat untuk belajar dan melahirkan suasana yang aktif.



Week 6 (Shark Attack Game)

16/10/2018

Tugasan 5: Scratch (Game Shark Do do do)

Pada minggu ke-6, kami telah mempelajari aplikasi Scratch dengan lebih mendalam. Semasa sesi kelas tersebut sebuah permainan Game Shark telah dihasilkan dengan mengikut langkah-langkah yang telah diajar oleh pensyarah kami. Di dalam game ini, terdapat pelbagai karakter animasi yang digunakan, dan watak utamanya ialah seekor Shark. Bagi menggerakkan sejenis animasi ini, kami perlu membuat langkah-langkah dan arahan yang betul dan tersusun agar permainan berjalan dengan lancar dan sempurna.



Berikut merupakan contoh langkah-langkah yang telah dibuat semasa di dalam kelas, di dalam game ini, saya menggunakan 9 jenis karakter. Kesemua karakter mempunyai Point (markah) masing-masing bagi mengambarkan perbezaannya. Semasa mencipta game ini, saya dapat mengenali jenis-jenis arahan yang perlu digunakan, disamping itu aplikasi ini turut dapat menggunakan effect muzik agar permainan nampak menarik. 









Monday 22 October 2018

Week 4. Google Drawing and Autodraw

Week 4:  Google drawing and Autodraw


''Practice drawing using Google drawing and Autodraw"
Tuesday, 2/10/2018


Pembelajaran menggunakan Google drawing dan autodraw dipelajari pada minggu ke-4. Google drawing merupakan sebuah software google yang boleh digunakan secara percuma. Ianya ialah salah satu kaedah yang mudah bagi menghasilkan sebarang lukisan, flowchart, peta, konsep map, dan lain-lain. 

Pengalaman saya dalam mengenali software ini memberi satu kemudahan dalam menghasilkan sebuah nota dan lukisan secara mudah dan ringkas, justeru itu, tools yang digunakan turut mudah difahami. Antara lukisan yang saya cuba lukis ialah dengan menghasilkan sebuah potrait geometrik, rupa, dan konsep map mengenai Typografi.




Tugasan 3: Potrait google drawing


Sepertimana gambar diatas, ianya merupakan pengalaman saya mencuba sesuatu teknik melukis yang baru di dalam google drawing. Berikut ialah pencubaan kali pertama sebelum menghasilkan google drawing yang lain. Walaupun cubaan untuk melukis potrait berunsurkan rupa ini tidak begitu sempurna, namun begitu ini dapat membuktikan bahawa google drawing turut dapat menandingi kelebihan yang ada pada Adobe photoshop. Selain itu, saya dapat memasuki aplikasi ini secara percuma tanpa sebarang bayaran. 



Tugasan 3: Google Drawing (Rupa)

Seterusnya, saya mencoba untuk melukis rupa berunsurkan fauna menggunakan tools Polyline. Tools Polyline ini salah satu kaedah yang mudah digunakan bagi menghasilkan bentuk rupa yang diinginkan. Selain itu, terdapat juga tools yang lain seperti line, arrow, elbow connector, curved connector, curve dan scribble. Dari sudut pandangan saya, google drawing dapat digunakan sebagai salah satu cara mengajar murid-murid di dalam tajuk rupa dan bentuk secara lebih menarik. Bahkan, murid dapat mengasah bakat mereka dalam menghasilkan design dan sebarang lukisan grafik dengan kreatif sebelum mengenali dan mencoba Adobe Photoshop yang mana lebih rumit berbanding dengan google drawing.



Tugasan 3: Peta "Maksud Typografi"

Akhir sekali, saya mula mengekplorasi bahagian typografi yang ada di dalam google drawing. Sepertimana nota berikut, typografi terbahagi kepada lima jenis, antaranya ialah Serif, Sans Serif, Modern, Display dan Script. Sebelum menghasilkan pembahagian typografi, saya mula melukis animasi karton ditengah-tengah peta bagi mengambarkan karakter seseorang dalam penggunaan huruf. Seterusnya, saya menggunakan tools line dan arrow untuk membahagikan jenis huruf masing-masing. Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah, di dalam google drawing turut terdapat pelbagai jenis font yang boleh didapati. Selain itu, kita boleh mengabungkan diatara tulisan dan hasil lukisan sendiri yang ingin diletak. Oleh itu , software ini telah banyak memudahkan saya untuk menghasilkan sebarang design yang asas dan ringkas tanpa bersusah payah menggunakan Adobe Photoshop. 



AUTODRAW

Aplikasi seterusnya merupakan sebuah aplikasi melukis yang sangat senang digunakan. Cara penggunaannya ialah hanya dengan melukis lakaran visual yang ringkas dan secara automatik, autodraw akan memaparkan gambar-gambar design lukisan yang sedia ada. Walaupun aplikasi ini nampak mudah dan ringkas, namun penggunaan autodraw ini mempunyai banyak manfaat samaada dalam menghasilkan desain kad ulang tahun, lukisan animasi dan lain-lain lagi. Perkara ini dapat dibuktikan setelah saya mencuba untuk menghasilkan beberapa lukisan daripada aplikasi Autodraw ini. 

Cara penggunaan Autodraw





Tugasan 4: Penggunaan Aplikasi Autodraw "Lukisan Pembangunan" dan "Kad Ulang Tahun"


Semasa saya menghasilkan kedua-dua tugasan ini, saya dapat mempelajari cara penggunaan yang cepat dan pantas dalam menghasilkan sesuatu karya. Dengan menggunakan Autodraw, seseorang boleh memanfaatkannya dalam menghasilkan design kad ucapan dan lain-lain. Disamping itu, atas kemudahannya yang ringkas, jenis seni teknologi ini turut dapat diaplikasikan dalam sesi pembelajaran murid-murid di sekolah. Murid-murid boleh menggunakannya di bawang bidang Komunikasi Visual dalam menghasilkan logo, poster, reka bentuk pembungkusan dan lain-lain dengan pantas. 

Saturday 20 October 2018

Week 3. ( Knowledge Of Powtoon)

Week 3: Integrating Technology In Art Class


"How to Create a Video animation from Powtoon"

Tuesday, 25/9/2018


Pada minggu ke-3 , kami telah mempelajari sebuah kaedah yang menarik dalam pembentangan, iaitu Powtoon. Powtoon merupakan aplikasi pembuatan video dalam bentuk animasi, ciri-cirinya hampir serupa seperti penghasilan slide di dalam Powerpoint. Namun begitu, powtoon mempunyai pelbagai pilihan dan design yang kreatif dan moden. 

Semasa sesi pembelajaran minggu ke-3, ini merupakan kali pertama saya menghasilkan sebuah video menggunakan powtoon. Pensyarah telah memperkenalkan kami dengan pelbagai cara-cara dalam menghasilkan video. Maka bagi tugasan pertama kami dalam kelas Seni Teknologi ialah dengan menghasilkan dua buah video dari Powtoon bertajuk "Introducing Myself" dan " Nota Seni Visual".

Dalam pengalaman saya menghasilkan video ini, saya dapat mempelajari kaedah baharu dalam menarik perhatian penonton semasa membentangkan kerja tugasan. Penggunaan Powtoon ini mempunyai pelagai kelebihan yang unik dan menyeronokan. Disamping itu, jika dibandingkan dengan kaedah penghasilan slide powerpoint, pembentangan hanyalah sekadar pancaran imej dan huruf. Namun begitu, dengan menggunakan powtoon , saya boleh menghasilkan satu penceritaan animasi dengan gabungan imej, video dan pelbagai pilihan kartoon animasi yang ada.




TUGASAN 1: "Introducing Myself"


Berikut merupakan tugasan video saya yang pertama dihasilkan, pengalaman saya dalam menghasilkan video ini dapat memberikan banyak ilmu yang baru mengenai penggunaan Powtoon. Justeru itu, sebagai bakal pendidik, kaedah ini boleh membantu saya untuk menggunakannya sebagai alat bantu mengajar semasa di dalam pembelajaran. Bahkan saya yakin, penggunaan Powtoon ini dapat menarik minat murid-murid untuk belajar dan bersemangat dalam mengetahui pembelajaran lebih lanjut.




TUGASAN 2: " Nota Pendidikan Seni Visual"

Video seterusnya merupakan penghasilan nota di dalam pendidikan  seni visual. Tajuk yang saya pilih ialah dibawah bidang Bahasa seni Visual iaitu Irama dan Pergerakan. Video ini mengandungi 29 slide dan durasi masa selama 3:04 minit. Pengalaman saya dalam menghasilkan video ini telah banyak membantu saya memahami cara penggunaan powtoon dengan lebih mendalam. Disamping itu, dengan adanya nota animasi ini, sudah pasti dapat menarik perhatian murid-murid untuk belajar, justeru dapat menghasilkan suasana bilik kelas yang aktif dan tidak membosankan. Maka ilmu ini cukup banyak membantu saya dalam memahami dan mengaplikasikan kaedah baharu ini dalam apa jua situasi yang saya akan hadapi seperti untuk pembentangan dan pembelajaran PdPc suatu hari nanti.






Monday 15 October 2018

Week 2. Reflection MSP 3062 Seni Teknologi


Week 2 : Introduction Of " What do you understand about Technology in Art education"


INTEGRATING TECHNOLOGY IN ART CLASS
- Tuesday, 18/9/2018


       Pada minggu pertama memasuki kelas Seni Teknologi, sebuah aplikasi bernama Mentimeter telah diperkenalkan dalam sesi pembelajaran. Penggunaan aplikasi ini telah banyak memberi manfaat dalam memberi pendapat dan idea mengenai apa sahaja soalan yang diberi oleh pensyarah. Maka dengan pengenalan  pertama dalam sesi pembelajaran tersebut, kaedah ini sedikit sebanyak dapat digunakan sebagai kaedah pembelajaran suatu hari nanti.



Seperti video diatas, ini merupakan cara-cara bagi mengikuti Mentimeter yang telah dibuat terlebih dahulu dan pelajar perlulah memasuki code yang tepat.




Sebaik sahaja memasuki code tersebut, pelajar boleh menjawab soalan/ pendapat mereka mengenai soalan yang diberikan. Sebagai contoh, semasa sesi pembelajaran Seni Teknologi, kami telah menjawab soalan menggunakan mentimeter mengenai  maksud Seni Teknologi dalam pembelajaran. Oleh itu, dengan cara ini kesemua pelajar di dalam kelas dapat menilai dan mengenali mengenai perbezaan kefahaman yang lain tentang Seni Teknlogi.
Selain itu, kami turut memberi pendapat ataupun feedback dalam  satu ke dua ayat bagi mengetahui kesan pada diri seseorang mengenai pembelajaran tersebut.



Selain daripada aplikasi Mentimeter, berikut merupakan penggunaan teknologi yang percuma dan boleh digunakan bagi setiap pelajar dalam pembelajaran mereka. Gambar diatas membahagikan pengguaan teknologi kepada 3 bahagian. Iaitu dari segi presentation, Video Production dan Sharing Tools. Setiap aplikasi ini sangat berkesan jika diguna dalam sesi pembelajaran. 

 Akhir sekali, dalam sesi  kelas Seni teknologi minggu ke-2 ini, kami telah didedahkan mengenai kelebihan teknologi dalam pembelajaran. Perkara ini turut memberi banyak  ilmu yang baru dipelajari dan membantu kami sebagai bakal guru untuk memanfaatkannya sebagai alat bantu mengajar. Aplikasi ini justeru dapat digunakan oleh semua pihak kerana kebanyakan aplikasi ini adalah percuma. Namun begitu, kekurangan bagi aplikasi ini ialah dari segi sumber internet yang amat diperlukan dalam beberapa aplikasi.  

Thursday 31 May 2018

Reflection of Magazine (InDesign)



17 Mei 2018

Pada 17 mei 2018 merupakan hari yang terakhir kami memasuki class Lanjutan Graphic. Maka pada masa itu tugas terakhir kami ialah menghasilkan sebuah majalah menggunakan adobe InDesign. Tema bagi setiap kumpulan ialah bebas, jadi ketika itu saya memilih tema majalah motivasi dari orang-orang berjaya terkenal di dunia ini. Antaranya seperti Dr Azizan Osman , Richard Branson, Oprah Winfrey , The Beatles dan Steve Jobs.

















Akhir kata, Syukur Alhamdulillah kami dapat menyiapkan setiap tugasan yang diberikan. Terima Kasih juga kepada pensyarah kami iaitu Dr Syazwani yang banyak membantu kami dalam mempelajari ilmu-ilmu baru dalam bidang grafik ini agar kami dapat memanfaatkannya di suatu hari nanti. :) 

Reflection of Poster Vintage


26/4/2018

Poster Vintage dibuat menggunakan adobe photoshop dengan mengolah pelbagai gambar-gambar yang berkaitan dengan tema dan menyesuaikannya dengan sempurna.



Tema poster yang ingin saya hasilkan ialah berdasarkan iklan menangkap gambar vintage. Antara gambar-gambar yang saya cari di laman web ialah gambar yang berkaitan dengan Camera vintage dan warna-warna yang sesuai.




Ini merupakan gambar-gambar koleksi yang diambil dari laman web sebelum diolah menjadi satu poster Vintage.



Setelah gambar-gambar tersebut digabungkan ...inilah hasil karya terakhir poster Vintage tersebut. 








Week (Last) Animation PhotoShop

HOW TO CREATE TEXT GIF USING PHOTOSHOP Ilmu yang terakhir kami pelajari dalam kelas Seni Teknologi ini ialah cara-cara menghasilka...