Monday 22 October 2018

Week 4. Google Drawing and Autodraw

Week 4:  Google drawing and Autodraw


''Practice drawing using Google drawing and Autodraw"
Tuesday, 2/10/2018


Pembelajaran menggunakan Google drawing dan autodraw dipelajari pada minggu ke-4. Google drawing merupakan sebuah software google yang boleh digunakan secara percuma. Ianya ialah salah satu kaedah yang mudah bagi menghasilkan sebarang lukisan, flowchart, peta, konsep map, dan lain-lain. 

Pengalaman saya dalam mengenali software ini memberi satu kemudahan dalam menghasilkan sebuah nota dan lukisan secara mudah dan ringkas, justeru itu, tools yang digunakan turut mudah difahami. Antara lukisan yang saya cuba lukis ialah dengan menghasilkan sebuah potrait geometrik, rupa, dan konsep map mengenai Typografi.




Tugasan 3: Potrait google drawing


Sepertimana gambar diatas, ianya merupakan pengalaman saya mencuba sesuatu teknik melukis yang baru di dalam google drawing. Berikut ialah pencubaan kali pertama sebelum menghasilkan google drawing yang lain. Walaupun cubaan untuk melukis potrait berunsurkan rupa ini tidak begitu sempurna, namun begitu ini dapat membuktikan bahawa google drawing turut dapat menandingi kelebihan yang ada pada Adobe photoshop. Selain itu, saya dapat memasuki aplikasi ini secara percuma tanpa sebarang bayaran. 



Tugasan 3: Google Drawing (Rupa)

Seterusnya, saya mencoba untuk melukis rupa berunsurkan fauna menggunakan tools Polyline. Tools Polyline ini salah satu kaedah yang mudah digunakan bagi menghasilkan bentuk rupa yang diinginkan. Selain itu, terdapat juga tools yang lain seperti line, arrow, elbow connector, curved connector, curve dan scribble. Dari sudut pandangan saya, google drawing dapat digunakan sebagai salah satu cara mengajar murid-murid di dalam tajuk rupa dan bentuk secara lebih menarik. Bahkan, murid dapat mengasah bakat mereka dalam menghasilkan design dan sebarang lukisan grafik dengan kreatif sebelum mengenali dan mencoba Adobe Photoshop yang mana lebih rumit berbanding dengan google drawing.



Tugasan 3: Peta "Maksud Typografi"

Akhir sekali, saya mula mengekplorasi bahagian typografi yang ada di dalam google drawing. Sepertimana nota berikut, typografi terbahagi kepada lima jenis, antaranya ialah Serif, Sans Serif, Modern, Display dan Script. Sebelum menghasilkan pembahagian typografi, saya mula melukis animasi karton ditengah-tengah peta bagi mengambarkan karakter seseorang dalam penggunaan huruf. Seterusnya, saya menggunakan tools line dan arrow untuk membahagikan jenis huruf masing-masing. Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah, di dalam google drawing turut terdapat pelbagai jenis font yang boleh didapati. Selain itu, kita boleh mengabungkan diatara tulisan dan hasil lukisan sendiri yang ingin diletak. Oleh itu , software ini telah banyak memudahkan saya untuk menghasilkan sebarang design yang asas dan ringkas tanpa bersusah payah menggunakan Adobe Photoshop. 



AUTODRAW

Aplikasi seterusnya merupakan sebuah aplikasi melukis yang sangat senang digunakan. Cara penggunaannya ialah hanya dengan melukis lakaran visual yang ringkas dan secara automatik, autodraw akan memaparkan gambar-gambar design lukisan yang sedia ada. Walaupun aplikasi ini nampak mudah dan ringkas, namun penggunaan autodraw ini mempunyai banyak manfaat samaada dalam menghasilkan desain kad ulang tahun, lukisan animasi dan lain-lain lagi. Perkara ini dapat dibuktikan setelah saya mencuba untuk menghasilkan beberapa lukisan daripada aplikasi Autodraw ini. 

Cara penggunaan Autodraw





Tugasan 4: Penggunaan Aplikasi Autodraw "Lukisan Pembangunan" dan "Kad Ulang Tahun"


Semasa saya menghasilkan kedua-dua tugasan ini, saya dapat mempelajari cara penggunaan yang cepat dan pantas dalam menghasilkan sesuatu karya. Dengan menggunakan Autodraw, seseorang boleh memanfaatkannya dalam menghasilkan design kad ucapan dan lain-lain. Disamping itu, atas kemudahannya yang ringkas, jenis seni teknologi ini turut dapat diaplikasikan dalam sesi pembelajaran murid-murid di sekolah. Murid-murid boleh menggunakannya di bawang bidang Komunikasi Visual dalam menghasilkan logo, poster, reka bentuk pembungkusan dan lain-lain dengan pantas. 

No comments:

Post a Comment

Week (Last) Animation PhotoShop

HOW TO CREATE TEXT GIF USING PHOTOSHOP Ilmu yang terakhir kami pelajari dalam kelas Seni Teknologi ini ialah cara-cara menghasilka...