Tuesday 4 December 2018

Week (Last) Animation PhotoShop

HOW TO CREATE TEXT GIF USING PHOTOSHOP




Ilmu yang terakhir kami pelajari dalam kelas Seni Teknologi ini ialah cara-cara menghasilkan kesan GIF pada Text yang dipilih. Penghasilan ini bermanfaat bagi mengindahkan lagi wallpaper/header blog mahupun wordpress.
Langkah-langkah bagi menghasilkan animasi GIF ini tidak begitu rumit, namun memerlukan kekreativiti dan kesabaran agar boleh menghasilkan Text GIF dengan berjaya. Sebelum itu, ini merupakan kali pertama saya mengetahui proses penghasilan GIF, oleh itu perkara ini cukup banyak membantu minat saya untuk mengenali lebih mendalam.

Berikut merupakan text GIF yang pertama telah saya hasilkan semasa sesi pembelajaran, dengan hanya menggunakan text typography yang ringkas dan berlatar belakangkan warna biru.
 Perkara yang paling penting sebelum itu ialah untuk memilih saiz imej yang sesuai dengan header wordpress ataupun blog. Setiap huruf yang terdapat pada imej ini mempunyai layer yang berbeza bagi memudahkan perjalanan animasi secara teratur. Seterusnya, pengguna boleh memilih jenis-jenis typography yang terdapat dalam Photoshop tersebut dan menghiasinya mengikut cita rasa sendiri.



Sebaik sahaja selesai mendekorasi Text tersebut, setiap huruf perlulah mempunyai layers yang berbeza, dengan menekan CTRL+C+J, maka setiap huruf yang terdapat pada layers perlulah dibuang satu demi satu mengikut urutan agar pergerakkan GIF bergerak dengan lancar. 


Gambar berikut menunjukkan susunan Timeline bagi setiap layers (huruf) yang bergerakkan mengikut urutan, justeru waktu kepantasan pergerakkanya turut boleh dikawal samaada cepat atau lambat dengan mengubah masa dibawah layers tersebut.


Sebaik sahaja selesai, maka pergerakan GIF boleh di ''save'' dengan format GIF pada "Save for web" Alt+Shift+CTRL+S



Penghasilkan pergerakkan GIF telah berjaya dihasilkan buat kali kedua, bagi pendapat saya pembelajaran ini sangat menarik dan berguna di masa hadapan. Selain daripada pergerakkan text, pengguna turut boleh menggunakan imej lain seperti imej cartoon ataupun pergerakkan animasi potrait yang lain. 




Akhir kata, sepanjang pembelajaran Seni Teknologi ini, cukup banyak perkara yang saya pelajari bagi kemudahan diri dan kemudahan pembelajaran suatu hari nanti. Maka dengan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Dr.Nor Syazwani yang telah banyak memberi ilmu yang cukup bermanfaat kepada kami, dan juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang saling bantu-membantu ketika sesi pembelajaran MSP3062 (Pendidikan Seni dan Teknologi). 

Week 10. Qr Code

HOW TO CREATE ONLINE QR CODE?


Apakah itu Kod Qr? Kod QR adalah sejenis kod bar atau simbol 2D yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan dikeluarkan pada tahun 1994. Kod Qr ini tempat menyimpan maklumat dan terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar belakang yang cerah. Penggunaaan Kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih serta sering digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pelanggan boleh mengimbas kod Qr kepada laman sesebuah jenama iklan tanpa perlunya memaparkan URL. 

Oleh hal demikian, pada 27/11/2018 kami telah mempelajari cara-cara menghasilkan sebuah QR Code yang telah menjadi tanda tanya kepada saya sebelum ini. Perkara pertama yang diarahkan oleh pensyarah ialah untuk mendownload sebuah aplikasi pemindaian QR Code dari telefon bimbit masing-masing, agar mudah scan mana-mana Qr Code melalui shutter kamera.
Namun dalam keadaan sekarang, pembelajaran Qr Code boleh digunakan dalam sesi pembelajaran dengan menghasilkan Qr Code pada nota ataupun video pembelajaran seperti dalam pembelajaran seni visual, terdapat pelbagai jenis teknik dalam kraf, seni halus, dan komunikasi visual. Oleh itu, bagi memudahkan pembelajaran kesemua teknik-teknik tersebut boleh direkod dalam sebuah video serta menghasilkan sebuah Qr Code. Maka semasa sesi pembelajaran, video ini boleh di scan dan dipancarkan melalui slide LCD.

Seterusnya, cara menghasilkan Qr code melalui internet ini ternyata sangat mudah. Terdapat dua jenis laman web penghasilan Qr code antaranya ialah seperti QRCode Monkey dan QR Code Generator.


Penghasilan menggunakan QRCodemonkey ini sangat mudah dan jelas, pelbagai jenis bahagian seperti Youtube, facebook, twitter, instagram, email, phone, URL, dan lain-lain. Selain itu, aplikasi QRCode monkey ini boleh mendesign pelbagai warna,corak yang tersedia. Maka dalam tugasan kami yang terakhir ini, kami telah menghasilkan QRCode berdasarkan video yang telah dibuat. Video tersebut mengenai pembelajaran teknik-teknik dalam studio Batik seperti teknik ikat dan celup. 











Berikut merupakan QRCode video teknik penghasilan batik yang telah saya hasilkan.
Antaranya video mengenai teknik Konvensional (gula), teknik pulas dan ikat, teknik konvensional (serbuk perasa) dan teknik ikat dengan objek.






Ini merupakan hasil projek berkumpulan kami yang terakhir, ahli kumpulan saya ialah Aisyah Hidayah dan kami telah memilih teknik ikat dan celup dalam penghasilan batik, dengan menggunakan media tissue yang sesuai dan pewarna batik. Atas kerjasama yang baik, penghasilan proses projek ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya menghiasi mounting board yang berukuran A2 dengan kemas.   


Kesemua ahli telah berjaya menghasilkan QRCode dalam pilihan bidang studio masing-masing. Antaranya seperti dalam teknik Catan, Grafik, Lukisan, dan Anyaman. Kekreativiti video mereka cukup menarik perhatian saya kerana dalam masa yang singkat, ianya cukup padat dengan ilmu dan mudah untuk dijadikan contoh bahan pengajaran suatu hari nanti.


Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya dan tahniah kepada kesemua ahli kumpulan yang telah berjaya menghasilkan projek akhir QRCode. Ilmu yang dipelajari ini cukup banyak membantu dan memudahkan seseorang untuk berkongsi ilmu dengan hanyaj menjadikannya dalam satu QrCode. 



Week (Last) Animation PhotoShop

HOW TO CREATE TEXT GIF USING PHOTOSHOP Ilmu yang terakhir kami pelajari dalam kelas Seni Teknologi ini ialah cara-cara menghasilka...